Loading...
.

3 ABDUL MENYENTUH JIWA

Assalamu'alaikum w.b.t....dan salam 1 Febuari pada semua rakan-rakan dan teman online semua. sedari januari sampai la febuari, dan sekarang baru la aku mendapat mood balik untuk mencoret sedikit artikel untuk sama-sama kita teladani.
Semalam, isnin 11 malam sesudah selesai minum bersama rakan dan makan roti canai di kedai mamat, seperti biasa masing-masing rakan sekampung aku sudah tiada apa-apa aktiviti yang hendak, atau mahu dilakukan, jadi kami pun lepak la di rumah atau port tempat kami sokmo melepak tu, sambil-sambil mencari cerita yang boleh layan..bila saja remote di "tick" kan pada butang 2, cerita 3Abdul pun kami mahu layan bila puas menusuk jiwa,hehehehe:>




Sudah lebih dari 10 kali aku menonton cerita ni, tapi mungkin semalam daya ingatan aku dah agak kabur jalan cerita ni, jadi bila layan balik dah jadi best pulak, korang mesti dah boring ngan cerita lama ni kan. atau sesetengah dari kamu masih sangat minat dengan cerita lama-lama ni, bukan apa selepas pemergian tan sri P.ramlee industri filem kekurangan ideal yang bernas atau kandungan daya penarik yang penuh seperti cerita-cerita Allahyarham P.ramlee ini, tak dapat nak difikirkan kenapa cerita 3 Abdul ni menarik? adakah Tan sri tahu jiwa-jiwa orang malaysia sampai berdekad usia filem ini masih dimainkan dan mendapat sambutan peminat juga, aku kagum dengan tan sri..Salute..dan al-fatihah buatnya.
Sinopsis filem ini berkisarkan 3 beradik bernama Abdul Wahub, Abdul wahab, Dan Abdul wahid, yang merupakan anak saudagar yang kaya raya di dalam dan luar negara, kekayaan saudagar Usmet Ulam Raja menarik minat saudagar yang penipu iaitu Saudagar Sidiq Segaragar yang ingin menbolot semua harta-harta Usmet Ulam Raja dengan memerangkap 3 Anak-anak usmet ulam raja, saudagar sidiq memerintahkan 3 anak perempuan nya memikat ketiga Abdul untuk memasang perangkap, 2 Abdul senang diperangkap dengan mudah, tetapi yang paling Bongsu di antara mereka, Abdul Wahub menpunyai pemikiran yang jauh lebih pandai, dan berhati lebih mulia berbanding 2 orang abang nya yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata.
Mungkin hampir beberapa bulan sebelum majlis kebesaran pada aku, segmen mengenai rumah tangga amat aku tumpukan kerana lumrah bagi kita, benda baru membawa keghairahan, perasaan ingin tahu yang tinggi. Amat tertarik bila abdul wahib dan abdul wahab amat mmengasihi orang rumah masing-masing, tetapi bapak mertua mereka, sidiq segaragar merancang plan untuk membuat kedua mereka menjadi marah, kemuncak kemarahan mereka apabila disuruh tidor di kandnag kuda, Lucu dan amat berisi segmen tersebut, dan kita ketawa sambil mencedok sedikit ilmu Sivik rumah tangga. 
Setiap cerita punyai hero masing-masing, dan hero untuk cerita ini adalah abdul wahub lakonan Tan Sri P.ramlee. Bila abdul wahub mengetahui kedua-dua abang nya ditipu dan dijual sebagai hamba oleh saudagar sidiq segaragar, terbit la rasa ingin membantu saudara kandung sendiri walaupun sebelum itu abdul wahub telah bersumpah untuk memutuskan tali persaudaraan mereka, kerana sikap khianat kedua-dua mereka terhadap abdul wahub. Bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus, seburuk mana sekalipun sikap mereka ia tetap saudara kandung kita, walaupon beza nya langit dan bumi, anjing dengan kucing, minyak dengan air atau seantaranya.Itulah yang ingin disampaikan tan sri pada kita melayu akhir zaman, Bukan nye bunuh membunuh, saman-menyaman, bomoh-menbomoh sesama saudara kandung kita.Seakan kena pada masanya apabila kita fikir-fikir kan, zaman sekarang tidak membantahkan tindakan sesama saudara walaupun ianya berkaitan perebutan harta pusaka. Astaqfirrullah'al azim..
Tinggalkan segmen tersebut, aku lebih tersentuh apabila dalam Kebijaksanaan Abdul Wahub menjatuhkan sidiq segaragar, datang la pula sekumpulan anak-anak yatim yang beryanyikan sebuah lagu "TOLONG KAMI, ANAK-ANAK YATIM PIATU"  divokalkan dengan nada lelaki tua, dan diiringi kanak-kanak yatim dengan nada sedih..Sebak hati aku..lirik lagu itu pun boleh tahan untuk menitikkan air mata jantan sapa-sapa saje, antaranya.."tolong kami bantu kami kecap nikmat hidup di dunia..."bukan senang nak campur-campur dengan babak lucu, tiba-tiba pulak timbul mood sedih yang menyusuk terus kedalam hati pedal penonton, termasuk aku, Kalau korang nak feel sama dengar video dibawah.

Selepas babak tersebut, timbul pulak since romantik antara P.ramlee dan Orang rumahnya Ghasidah anak saudagar sidiq yang dikahwini atas dasar balas dendam dan jauh disana, Rasa cinta yang tertanam jauh dalam hati masing-masing, Segmen ni sesuai dengan aku dan sesiapa saja yang bakal jadi raja sehari dalam masa terdekat ini, Dalam garang-garang sang singa, tetapi bila dilukakan oleh sang mentornya dengan guris fantasinya lemah longlai jugak rebah di riba sang jantan yang gagah dan berkepimpinan lumrah. "Sampai mati adinda akan setia bersama kekanda" antara ayat yang cukup bisa untuk menyusuk keegoan jantan , hinggakan feel itu sampai pada aku, mungkin aku cepat tersentuh tetapi bersama aku rakan sekampung aku jugak sunyi dop melayan feel sama.
Akhir nya, sedikit artikel coretan dari aku untuk kita sama-sama dapat madu nya, hanya beberapa bulan saja aku akan berangkat ke lembah berahi penuh berduri. harap sokongan dari rakan sekalian...Wallahu'allam....

0 Kata-kata BijakPandai:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Votes @Pokemat !

Anda seorang Blogger ?

total votes

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Blogger | Printable Coupons